(Diterbitkan untuk FB Abah oleh : Nur Khairunnisa Zahidin dari bumbung ISLAH)
Seorang "Pendakwah Bebas" bukan kakitangan kerajaan, walaupun dia bertungkus lumus membantu program Islamisasi Kerajaan. Pendakwah Bebas berkerja dengan Allah dan Rasul-Nya serta para ulama' Allah yang ikhlas. Menyampaikan AL-HAQ seutuhnya secara telus dan berani.Rezekiny a adalah direct dari Allah S.W.T. Pergantungan hidupnya semua diserah kepada Allah S.W.T.Dia tidak akan menagih simpati dan ehsan dari siapa-siapa dan dia tidak mengharapkan simpati dan ehsan dari siapa-siapa. Lebih-lebih lagi menyalahi prinsip perjuangannya.
Apabila Pendakwah Bebas ditimpa musibah, dia mesti tanggung sendiri. keluarganya mesti berikhtiar sendiri sekiranya mahu terus hidup.Dia mesti beratur mengikut barisan orang awam sepertimana biasa. Tidak kira bagaimana status musibah yang dihadapinya. Kalau dia nazak hendak matipun, keluarganya hanya mampu membaca Yasin dan ingatkan Allah.Dia dilihat seperti rakyat marhaen biasa. Dia terpaksa fikir sendiri bagaimana hendak menyelesaikan masalahnya kalau mahu terus hidup, walaupun sebelum ini dia separuh mati memikirkan masalah Umat dan berusaha menyelamatkan mereka dari kemungkaran dan syirik.
Tapi tidak mengapa, seorang Pendakwah Bebas yang tulin mesti yakin dengan pertolongan Allah S.W.T. Dia mesti yakin bahawa Allah S.W.T. pasti akan membantu dan menyelamatkannya apabila tiba masanya. Hanya aqidah ini yang boleh menguatkan semangat Pendakwah Bebas untuk terus survive..Insya-Allah. Wassalam.
28hb Jun 2012
10.30 pm

No comments:
Post a Comment