LAPURAN BERITA ABAH ZAHIDIN DARI BUMBUNG ISLAH ( OLEH : NUR KHAIRUNNISA' ZAHIDIN )
Assalamualaikum anak-anak Abah sekelian....,
Pagi ini terasa sedih dan sebak mendengar Abah dengan nada perlahan dan teresak-esak berdoa sambil berbaring selepas solat suboh :
"Ya Allah Ya Rab...! Tuhan Seru sekelian alam...! Engkau Maha Pemurah dan Maha Penyayang dan Engkaulah juga Maha Pengampun dan Maha Bijaks ana mentarbiah hamba-hamba-Mu.
Ya Allah...Sesungguhnya hamba-Mu yang fakir
lagi hina ini sedar dan insaf bahawa diri ini terlalu banyak berdosa dan
aku bertaubat kepada-Mu. Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Engkau
dan Tidak ada sekutu bagi-Mu dalam hidupku selama ini. Maha Suci Engkau
Ya allah dan sesungguhnya aku termasuk ke dalam hamba-hamba-mu yang
zalim. Ya allah aku pohon dengan rasa sedar insaf dan redha, agar Engkau
berilah kepadaku peluang ke dua untuk hidup buat seketika lagi bagi
menebus segala dosa-dosaku, kedua ibubapaku, isteri, anak-anak dan
keluargaku serta sahabat-sahabatku untuk terus ber'amal dan berjihad
menegak yang ma'aruf serta mencegah kemungkaran bersama sahabat-sabahat
seperjuanganku agar aku dapat kembali menemui-Mu dalam keadaan
Raadiyatan Mardiyyah Fad Kuli fi 'ibadi Wadkuli Jannati. Perkenankanlah
doa dari hamba-Mu yang fakir, hina dan banyak dosa ini. Amin Ya Rab
Amin...."Assalamualaikum anak-anak Abah sekelian....,
Pagi ini terasa sedih dan sebak mendengar Abah dengan nada perlahan dan teresak-esak berdoa sambil berbaring selepas solat suboh :
"Ya Allah Ya Rab...! Tuhan Seru sekelian alam...! Engkau Maha Pemurah dan Maha Penyayang dan Engkaulah juga Maha Pengampun dan Maha Bijaks ana mentarbiah hamba-hamba-Mu.
Kelihatan pipi abah basah dengan air mata sambil menggerak-gerakkan bibir dan buah tasbih ditangannya.
Akupun menyahut dengan rasa sebak dan sedih..Perkenankanlah permohonan Abah kami itu Ya Allah...Amin...
Wassalam.
(27hb Jun 2012. 7.30 am dari Nur Khairunnisa' Zahidin)
No comments:
Post a Comment