(Diterbitkan untuk FB abah Zahidin Mahmood
oleh : Mohd Nur Zikri Zahidin dari bumbung ISLAH)
Pagi Jumaat ini dengan penuh syahdu Abah berdoa :
'Ya Allah terlalu banyak ni'mat yang telah kau anugerahkan kepada hamba-mu yang fakir lagi hina ini. Di antara ni'mat yang paling aku syukuri ialah ni'mat Iman, Amal Soleh dan Jihad.Walaupun ramai manusia yang inginkan ni'mat kesihatan untuk terus hidup, namun aku lebih rela ni'mat itu dicabut dari diriku sekiranya kesihatanku tidak memberi keuntungan untuk diriku, lebih-lebih lagi untuk Umat Islam di hari akhirat nanti.
Ya Allah Engkau lebih mengetahui keadaan diri-Ku
dan Engkau lebih berhak menentukan masa depan diri-Ku. Oleh itu Ya
Allah aku amat mendamba maghfirah dan keizinan dari-Mu untuk terus
berbakti kepada Islam untuk menebus segala dosa-dosaku pada penghujung
usiaku. Sesungguhnya aku rasa amat malu untuk kembali menemui-Mu dalam
keadaan Umat berada dalam kesesatan dan kefasikan. Ya allah kasihanilah
diriku yang hina ini..Ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibu-bapaku, dosa
isteri dan anak-anakku serta dosa sahabat-sahabatku. Jadikanlah diriku
di antara ham-hamba-Mu yang selalu ingat akan Yaumul Masyhar. Ya Allah
berikanlah aku peluang untuk terus hidup sebagai Da'ie IlalLah.. Amin Ya
Rabbal 'Alamin."Pagi Jumaat ini dengan penuh syahdu Abah berdoa :
'Ya Allah terlalu banyak ni'mat yang telah kau anugerahkan kepada hamba-mu yang fakir lagi hina ini. Di antara ni'mat yang paling aku syukuri ialah ni'mat Iman, Amal Soleh dan Jihad.Walaupun ramai manusia yang inginkan ni'mat kesihatan untuk terus hidup, namun aku lebih rela ni'mat itu dicabut dari diriku sekiranya kesihatanku tidak memberi keuntungan untuk diriku, lebih-lebih lagi untuk Umat Islam di hari akhirat nanti.
Jumaat 29hb jun 2012
No comments:
Post a Comment