Wednesday, June 27, 2012

Bab 4 : Tamrin Barzakh di HUSM KK

TAMRIN BARZAH DI HUSMKK
(Oleh Abah Zahidin Mahmood)

BAB EMPAT

"Peserta Mula Menuju Ke Alam Barzah...?"

Di Wad 1 Fairuz CCU HUSMKK

Ada yang terlentang,
terkankang diikat kaki dan tangan
Meraung bagaikan suara lembu, harimau, beruang.
Kadang-kadang bunyi macam suara serigala.
Bunyi oksigen yang ditebok ditengkok menakutkan
Sekali dia meraung bagaikan suara burung hantu
kalau dia batuk lagi menggerunkan

anak-anak boleh menangis ketakutan
manusia tak sanggup mendengar dan melihatnya
Aku rasa aku sudah teruk, sesak nafas sakit dada
kerana paru-paru berair.
Jantungku lemah dan tersumbat
Aku cuma menahan kesakitan menyebut kalimah
Allahu, Allahu, Allah Hak....,
sepertimana pesan Guru Rohaniku
Nasib baik ada Ma di sisi mengingatkan
Sabar abangdin banyak ingat pada Allah..
Aku cuma mampu mengangguk.
Semalaman aku tidak dapat tidur melintang
Ditambah dengan suara jeritan kesakitan
para peserta barzah yang nazak..
Berkeliaran malaikat maut menunggu giliran.
Keluhan dan tangisan ahli keluarga yang menunggu
diluar wad menunggu giliran untuk melawat
Para Doktor, Misi dan warga kakitangan
berlari-lari seperti di bandar Hiroshima Jepun
Kejar mengejar membawa ubatan, darah pesaklit
dan juga sumpit muntah, kondom kencing dan pampus
Beginilah keadaan di Pasar barzah
pagi petang siang malam.......

(diterbitkan untuk FB Abah oleh : Nur Khairunnisa Zahidin : suara dari bumbung ISLAH...bersambung BAB LIMA kemudian, Insya-Allah....)

27hb Jun 2012 10.30 malam

No comments:

Post a Comment